Banyak yang telah diperkatakan dalam isu Ridhuan Tee ini. Semenjak dia mengisytiharkan haramnya anak yang masih dikandung ibunya, banyak tuduhan dan tohmahan telah dilemparkan di dalam akhbar-akhbar arus perdana dan blog-blog alam siber.
Walaupun kata-katanya memang tidak sensitif terhadap keluarga Teoh yang berkabung beberapa hari sahaja dan bayi yng masih dalam kandungan ibunya yang telah kehilangan bapa dalam kejadian yang ngeri lagi tragis, yang menegurnya dituduh anti-Islam pula.
Sebenarnya, saya pun kurang senang mengulas mengenai isu ini, walaupun teringin juga semenjak ia bermula lagi. Saya menahan diri kerana pertama, saya tidak ingin mengulas hal peribadi orang lain. Ibubapa saya telah mengajar semenjak kecil lagi yang orang bersopan tidak patut menjaga tepi kain orang. Kedua, saya tidak ingin menjadi mangsa tuduhan ataupun menjadi penuduh sebaliknya.
Akan tetapi, melihat kenyataan-kenyataan susulan dari Ridhuan Tee ini yang semakin kesat dan menghina, saya terasa ingin menyumbang sedikit pendapat sekarang.
Ada tiga perkara yang saya ingin ulaskan di sini. Pertama, perkara di mana Ridhuan Tee ini menggunakan agama sebagai alasan untuk menghalalkan kenyataan-kenyataannya. Kedua adalah perkara di mana beliau telah melabelkan kesemua orang keturunan Cina sebagai kiasu tak berbudi bahasa. Ketiga adalah susulan dari yang kedua, iaitu penderhakaannya terhadap ibubapanya.
PERKARA PERTAMA - Dalam perkara ini, Ridhuan Tee ini telah menyatakan yang dirinya pernah menganut agama Buddha dan Kristian sebelum memeluk Islam. Oleh itu, katanya, dia tahu yang kesemua ajaran agama-agama ini melarang kesedudukan sebelum kahwin.
Sebenarnya, kenyataannya itu hanya menunjukkan betapa cetek pemahamannya dan penghayatannya dalam agama-agama ini. Tidak hairanlah kenapa dalam umur yang tak seberapanya, beliau telah menukar begitu banyak agama. Belum sempat memahami ajaran yang lebih mendalam dahpun cabut! Ataupun, penganutan agamanya masa itu kurang ikhlas? Itu saya tak tahu lah dan bukan hak saya untuk mempertikaikannya.
Akan tetapi kecetekkan fahamannya dalam agama Buddha telah pun dibuktikan di artikel ini. Oleh sebab saya bukan penganut agama Buddha, walaupun dilahirkan dalam keluarga beragama Buddha, saya tidak akan mengulas lanjut.
Tetapi sebagai seorang Kristian, saya ingin menjelaskan sedikit mengenai isu kesedudukan ini. Sebenarnya Jesus telah menyatakan bahawa sesiapa yang memandang seorang wanita dengan bernafsu, dia telahpun berdosa walaupun tidak membuat apa-apa. Tak payah bersedudukan, tengok pun sudah haram!
Akan tetapi, focus ajarannya apabila menyatakan begitu adalah bahawa kemuliaan Tuhan terlalu amat, sehinggakan tiada harapan untuk manusia mencapai syurga dengan usaha sendiri (siapa yang tak pernah berfikir jahat?) Oleh itu, kita hanya boleh pasrah kepada keredhaan Tuhan untuk menyelamatkan kita.
Pengajaran Jesus adalah bahawa tiada dosa yang tidak boleh dimaafkan, kerana cinta Tuhan menutupi segala dosa. Oleh itu, kita harus dekat dengan Tuhan dan berkelakuan baik.
Kelakuan baik ini bukannya berdasarkan hukum haram/halal, tetapi berdasarkan rasa berterimakasih kepada kebaikan Tuhan kepada kita. Jesus sendiri pun tidak pernah menurunkan undang-undang ataupun hukum-hukum agama.
Oleh itu, apabila Ridhuan Tee mengatakan yang agama Buddha dan Kristian yang pernah dianutinya mengharamkan kesedudukan dan seks sebelum nikah, ia hanya menunjukkan betapa ceteknya fahaman agamanya. Beliau hanya melihat permukaan dan tidak menghayati jiwa sebenar agama itu.
Kenyataan beliau juga menunjukkan betapa angkuh sikapnya terhadap penganut agama lain. Dahlah sendiri tembak tak menentu, nak orang lain terima kata-katanya tanpa soal pula. Bukankah itu satu tanganggapan yang berdasarkan fahaman orangramai mengenai agama Buddha dan Kristian lebih cetek darinya dan hanya pendapatnya sahaja yang bernas?
Sungguh tak percaya!
PERKARA KEDUA - Apabila mengutuk kesemua kaum Cina sebagai puak kiasu, apakah beliau sudah lupa yang dia juga berketurunan Cina? Apabila orang membantah kutukan meluasnya itu, dikatakan tidak berpelajaran dan anti-Islam pula!
Saudara, ingin saya bertanya - dengan mengutuk kaum Cina sedemikian, bukankah Ridhuan Tee telah menghina kesemua 60 juta Muslim di negara China? Apa kurangnya ke-cinaannya kaum Muslim di China tu? Mereka berbangsa China, berbahasa Cina, berpakaian China, berbudaya China. Apakah mereka puak kiasu dan anti-Islam juga?
Serangan berdasarkan keturunan seseorang ini memang serangan jenis terhina. Ia menunjukkan yang tiada lagi hal yang mereka mampu mengatakan lagi, sehinggakan mesti menyerang hal yang tidak boleh di luar kawalan diri. Bak budak-budak berkelahi sehinggakan kemarahan telah melepasi kematangan, dan mereka terus mengeluarkan seperti "Engkau pendek!" ataupun "Engkau hodoh!"
Beginikah kelakuan ulama tersohor? Menyerang dengan kebudak-budakan?
Dan apabila dia menyerang kaum Cina sebagai puak kiasu, lupakah dia yang dia berketurunan Cina juga? Ataupun dia ni kacang lupakan kulit?
PERKARA KETIGA - Dan pada saya, ini perkara yang paling serius. Serangannya ke atas kaum Cina bukan sahaja memperkecilkan keseluruhan kaum Cina, bukan sahaja menunjukkannya sebagai seorang yang kurang matang dan cetek fahaman agamanya, bukan sahaja menunjukkannya sebagai seorang yang lupa adat, malah beliau telah juga MENDERHAKA IBUBAPANYA YANG BERKAUM CINA!
Tidakkah terlintas pada fikirannya yang sindirannya juga akan terkena ibubapanya? Apakah ibubapanya juga berasal dari puak kiasu? Ataupun dia tidak peduli hal itu?
Tak usahlah mengulas panjang lebar perkara ketiga ini. Ini bukan hal agama atau bangsa lagi. ini adalah perihal kemanusiaan. Manusia dilahirkan daripada ibubapa, bukannya dari agama atau bangsa ataupun parti politik.
Jika seseorang itu sedikit pun tidak berterimakasih kepada orang tuanya yang melahirkannya, membersarkannya, mendidik dan membimbingnya - malah memakinya, memperkecilkannya, menyindirnya, dan sebagainya, apakah orang seperti ini patut diberi penghormatan dan kepercayaan?
Encik Ridhuan, dari dahulunya saya tidak ingin mengulas isu engkau. Akan tetapi, penderhakaan engkau terhadap orang tua engkau tudah pun melampau. Walaupun saya memang tidak ingin menjaga tepi kain engkau, tetapi saya rasa orang biadap patut ditegur dan diajar berbudi!
Dan serangan engkau atas ibubapa seperti ini adalah kebiadapan yang teramat!
Insaflah...
Ridhuan Tee patut cermin dirinya sebelum menghina Teoh Beng Hock dan anaknya. Kata dulang paku pipih, kata orang diri dia yang lebih. Cuba lihat sini kawan-kawan.
ReplyDeletehttp://malaysiafree2008.blogspot.my/2009/10/bangsat-umno-ridhuan-tee-abdullah-yang.html