Sunday, September 6, 2009
Tuesday, September 1, 2009
All This Is Cow Crap Lah!!
By WANI MUTHIAH (The Star)
SHAH ALAM: Residents of Section 23 here who protested against the relocation of a Hindu temple from Section 19 to their neighbourhood on Friday claim they have been victimised and unfairly accused of stoking racial and religious intolerance.
Chairman of the action committee for the protest, Mahayuddin Manaf, said the residents were merely protesting the relocation of the temple but it had been “hijacked” by another group that brought along a cow’s head to the state secretariat building.
The 50-odd demonstrators had gathered after Friday prayers and marched some 300m from the state mosque to the state secretariat building with the cow’s head.
He said the residents action group, which was made-up of members from Umno, PKR and PAS, had gone to the state secretariat to see Mentri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim as well as the relevant executive councillors to voice their grievances.
“However, our trip to the state secretariat had been exploited by certain quarters and used as a platform to rabble-rouse,” Mahayuddin claimed when contacted yesterday.
(Read the rest of the article here.)
----------
Polis pun belum buat apa-apa lagi. Masa hari tu polis pun ramai yang hadir siap dengan "riot gear", tapi setakat menonton aje. Maklumlah, tak ada yang memproteskan pemprotes tu. Ingat-ingat kalau ada, CPO Selangor takkan agak-agak bertindak seperti dalam kes-kes di mana rakyat yang berpakaian hitam dan memegang lilin diberkas. Tapi kalau setakat orang UMNO mengapi-apikan isu kaum dan agama, tak pelah.
Tapi sekarang ni nak takut mengaku pula?
Terang-terang dalam laporan video Mkini, Mahyuddin dengan timbalannya meraung-raung sambil memijak kepala lembu tu. Dalam laporan video tu jugak, Mahyiddin sendiri kata yang mereka sengaja tunjuk biadap. Tak caya tengok sendiri videonya di sini.
Sekarang, lain cerita pula. Kononnya nak pergi bincang dengan MB saja. Segalanya yang buruk tu dipersalahkan kepada "pihak-pihak tertentu."
Siapa agaknya "pihak-pihak tertentu" itu? Bukankah mereka kata yang protes tu telah menyatukan ahli-ahli UMNO, PAS dan PKR demi kepentingan Melayu? Kalau Melayu semua tu sudah bersatu, agaknya "pihak-pihak tertentu" yang dimaksudkan - orang bukan Melayu ke?
Ni semua cakap tak serupa bikin dan pesalah yang menyalahkan orang lain. Sebiji macam tabiat orang UMNO!
Sudahlah...
Sunday, August 30, 2009
Sebab Cow-lah Ini Berlaku!!!
Isy...isy...isy...Tak boleh tahanlah kena buka mulut sikit (ulasan saya berwarna merah).
-----
Siapa yang pilih kerajaan ini? beginilah mulanya 13 Mei bila Cina bawa penyapu.
Mungkin ramai yang tidak tahu dan mungkin ramai yang tidak ingat . bagaimana puncanya dan bagaimana mulanya peristiwa berdarah 13 Mei . Bermula dengan perarakan penyokong DAP yang membawa penyapu dan Tong Sampah beramai-ramai mahu menyapu bangsa Melayu di hadapan Kampung Baru . Tercetusnya insiden ini bermula lah drama berdarah 13 Mei 1969 .
Ok lah. tahun 1969 saya pun belum lahir lagi so memang saya tak tahu-menahu hal ni. Perisitwa May13 sudah lama berlalu. Siapa bunuh siapa, ceritanya sudah lama dikebunikan. Yang menjadi mangsa tak boleh bersuara lagi dan yang menjadi pemangsa mungkin ramai sudah meninggal. Tak apalah, biarkan. Mujurlah cerita ini tak pernah ada tayangan semula di negara kita ni.
Yang penting bagi saya, kita semua sebagai rakyat Malaysia kena saling hormat-menghormati. Tapi, entah kenapa anasir-anasir yang kononnya mempertahankan ini dan itu sering kali membangkitkan hal ni lagi dan lagi dan lagi - tak henti-henti macam "Energizer Bunny"! Mereka ni selalu mengancam pihak tertentu dengan tayangan semula May 13 di Malaysia. Inikah caranya untuk melayan anak-anak Malaysia yang lain?
Memang kurang ajar budak-budak KPMU ni!
Hari ini insiden ini nampaknya sengaja mahu di petik agar ada pergaduhan kaum dan kempen besar -besaran DS Najib mengenai One Malaysia mahu di padamkan digagalkan. Inilah insiden yang berlaku di Shah Alam yang begitu melampau sekali.
Oh...macam ada isi sikit. Macam mereka ni sedang mengutuk perbuatan mereka yang mengarakkan kepala lembu tu. Apa kena-mengena dengan tulisan sebelum ni yang mengutuk DAP memulakan insiden May13?
Tak tahu...
Tapi...
Insiden seperti ini tidak pernah berlaku sebelum ini.Tindakan sebilangan penduduk Seksyen 23 Shah Alam berarak dari Masjid Negeri ke bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor lepas solat Jumaat boleh dikira satu aksi protes biasa jika tidak ada orang bawa kepala lembu yang disembelih ke situ.
Em...? OK la...setakat ini boleh setuju lagi. Tapi ada bau sikit sudah naik daa..Bantahan ialah terhadap cadangan bina kuil di kawasan mereka yang majoriti penduduk terdiri dari orang Melayu.Cuma bila masuk bab adanya kepala lembu ia sudah jadi lain cerita kerana lembu dianggap haiwan suci pada agama Hindu.Maka nya kontroversi bab kepala lembu jadi lebih bising bila kalangan pemimpin dan pertubuhan orang India membantah aksi itu.
Ia bukan anjuran mana-mana parti politik.Penduduk tergolong daripada penyokong pelbagai parti termasuk UMNO ,PKR dan PAS sendiri bangkit setelah mendakwa suara tidak dapat perhatian Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim.Matlamatnya satu yakni mahu kerajaan negeri Selangor batalkan pembinaan kuil di kawasan mereka dan memindahkan nya ke Seksyen 22 yang merupakan lokasi asal rumah ibadat tersebut.
Oh...ini cerita sebenarnya yang dia nak jual! Bukannya nak mengutuk perbuatan keji kumpulan tu (hanya setakat memanggilnya "kontroversi" saja). Sebenarnya nak jual cerita tentang isu yang dijadikan bahan bantahan. Barulah saya faham kenapa perenggan pertama dibuka dengan insiden May13. Sebenarnya nak salahkan (ataupun nak ancam?) orang lain untuk perbuatan sendiri!
Eh, apa pun isu yang nak dipertikaikan..."gentleman"lah sikit. Ni bawak kepala lembu ke sana ke sini, mengotorkan jalanraya dengan darah, menconteng-conteng dinding dan memaki hamun yang bukan-bukan tu apa?
Ni buat semua kerja ni nak salahkan orang lain pulak. Engkorang ni langsung tak ada kawalan diri ke? Eh...mak tak ajar ke? Sendiri buat, sendiri yang tanggung la!
Entah KPMU ni kurang ajar ke kurang ibadah!
Kedua-duanya kot!
Kerajaan ini , siapa yang pilih ?????????
Woit!!! Ke situ pulak! Ini macam taktik gengster ni:"Baik you buat apa ku suruh (memilih kerajaan BN), kalau tidak buruk padahnya (aku sepak kau sekali dengan May13 nanti!). Kalau betul-betul berlaku tu, jangan salahkan aku. Engkau yang bawak padah sendiri.
----------
Bagi saya, saya sokong kebebasan bersuara, walaupun saya mungkin tak setuju dengan hujah seseorang tu. Tapi biarlah kita berhujah dan berbalas pendapat dengan tenang dan logik. Barulah ada "class" sikit. Yang buat saya tak tahan ialah mereka yang melolong-lolong, marah-marah tak tentu arah - macam artikel oleh KePalaotakMU ni. Suara nyaring melantang macam ni macam mana nak mencapai kesefahaman dan kata sepakat? Tuduh menuduh, maki-memaki, memanglah tak aman macam ni! Tapi nak salahkan orang lain pulak!
Nak lagi ke gengster-gengster ni memerintah?